Blogger Widgets
Blogspot Tutorial

Tuesday, 6 May 2014

faedah faedah membaca

FAEDAH-FAEDAH MEMBACA

Membaca ialah salah satu tabiat yang sangat bermanfaat bukan sahaja pada pelajar malah membaca sangat digalakkan oleh semua lapisan masyarakat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana "Membaca Jambatan Ilmu.
           
          Selain itu,membaca juga boleh menambahkan ilmu pengetahuan.Kita dapat mengetahui tentang perkara perkara baru dan dalam masa yang sama kita juga dapat mempelajari perkataan perkataan baru yang kita tidak pernah tahu atau tidak pernah mendengarnya sebelum ini.Justeru,pengetahuan am kita juga akan bertambah dan kita akan menjadi pandai.Membaca juga membantu kita mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang terdapat di dalam negara atau diluar negara.Contohnya kita boleh mendapat tahu tentang kegawatan ekonomi nagara,peperangan dan juga bencana alam yang kerap berlaku pada zaman sekarang dengan membaca di akhbar harian,majalah,buku mahupun internet.Kita juga tidaklah lagi ketinggalan zaman bak kata pepatah "Bagai Katak Dibawah Tempurung".
          Seterusnya,amalan membaca ini boleh dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang dengan altiviti yang berfaedah.Contohnya membaca buku-buku rujukan,novel mahupun majalah maka masa lapang kita tidaklah terbuang dengan aktiviti yang tidak bermoral seperti melepak,merokok atau bermain dan menonton television sahaja.Buku buku seperti ini telah banyak dipasarkan dipasaran maka ibu bapa haruslah rajin membelikan buku atau bahan bacaan untuk anak mereka.Kerajaan juga telah banyak melakukan kempen membaca ini di sekolah-sekolah yang terdapat di Malaysia ini.Antara kempen yang telah dijalankan oleh kerajaan ialah program nilam,mari membaca dan juga 10 minit membaca program seperti ini dapat manarik minat kepada semua pelajar mahupun masyarakat untuk membaca kerana "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya".
          Membaca juga ialah salah satu aktiviti senaman iaitu 'senaman minda'.Senaman tubuh badan penting sangat penting untuk kesihatan maka begitu juga dengan senaman minda ianya dapat membantu kesihatan minda.Dengan membaca juga kita akan melakukan satu proses aktif minda kita.Ini kerana kita menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda kita supaya menjadi lebih sihat.Selain itu,membaca juga dapat meningkatkan memori seseorang kerana ianya dapat meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama ianya seperti kita bermaian permainan yang menggunakan memori.
          Kesimpulannya,jika sesebuah negara yang rakyatnya banyak membaca maka negara itu akan bangkit menjadi negara yang maju kerana daripada pembacaan itulah mereka mendapat ilmu-ilmu yang baru.Dengan ilmu itulah mereka dapat membuat perubahan ke arah kemajuan dan kejayaan dalam apa jua bidang seperti pelajaran,pembangunan,ekonomi,kebudayaan dan juga berbagai lagi.Akhir sekali, kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka. 

Sunday, 28 July 2013

Keistimewaan Perlis

Selamat Datang Ke Blog Kak Bedah  'AWSOME'

GUA KELAM
Gua Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam bakal menjadi tarikan baru di Perlis.

TAMAN ULAR

 



 
 Taman Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesis ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih daripada 20 spesis ular dan juga spesis-spesis lain seperti buaya, biawak kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.

TAMAN HERBADisini juga terdapat beribu jenis tanaman herba untuk dilihat dan dikaji oleh penggemar tumbuhan.

LADANG TEBU
 Chuping diambil sempena nama sebuah bukit batu kapur yang mana dengan panggilan biasanya ialah Bukit Chuping. Di sini terdapat 22,000 hektar kawasan penanaman tebu bagi tujuan pembuatan gula.

Ladang tebu terletak 23 km ke Utara Kangar, Perlis dan mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kangar.

HUTAN REKREASI BUKIT KUBU KUALA PERLIS

 
Hutan Rekreasi Bukit Kubu adalah tempat yang bagus untuk berehat dan bersantai. Taman rekreasi gua batu kapur semulajadi di bukit batu kapur Wang Pinang hutan.
Gua mempunyai pembentukan geologi yang menarik dan landskap semula jadi tetapi orang awam tidak dibenarkan untuk memasuki gua melainkan dengan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Perlis.

Terletak tidak jauh dari bukit batu kapur Kota Al Sultan Kayang. Ia adalah tanah perkuburan dua abad Sultan Kedah ke-16 di mana seseorang boleh melihat makam mudah yang ditandakan oleh batu-batu kubur dengan runtuhan kayu yang digunakan untuk menentukan tapak.

TASEK MELATI
 TAMAN BUNGA KERTAS
Taman bunga kertas Tuanku Lailatul Shahreen merupakan salah satu destinasi terbaru pelancongan yang ditonjolkan dan menjadi satu daya tarikan pelancong yang datang ke Negeri Perlis. Taman yang dibina di Laman Cenderawasih, pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri itu adalah diambil sempena nama Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.